Bagi yang berminat ingin menggunakan Adobe Photoshop CS5 dalam Ubuntu 10.10 . Disini saya buat satu tutorial cara untuk install Adobe Photoshop CS5 langkah demi langkah. Saya cuba snap gambar satu persatu untuk memudahkan pembaca mengikuti tutorial kali ini. Kebanyakannya bila install Adobe Photoshop CS5 kedalam ubuntu akan ada mempunyai masalah paparan error. Dalam tutorial kali ini saya tunjukkan cara untuk mengatasi masalah itu. Tutorial ini amat mudah budak tadika pun boleh mengikutinya. Jom mari kita mulakannya.


  Kazam Screencaster adalah sebuah program untuk membuat rakaman video (screencast) tentang apa yang berlaku di skrin komputer kita. Kazam adalah aplikasi baru screencasting untuk Linux yang merakam audio dan video dalam format mkv. Dan anda boleh menyimpannya ke komputer anda atau terus meng-upload ke YouTube atau VideoBin (diharap banyak lagi website akan ditambah dengan segera).

  Linux adalah untuk semua pengguna komputer, Dari yang miskin sampai dengan yang kaya, Dari kanak-kanak sampai ke dewasa, Dari berkulit hitam sampai yang berkulit putih. Dari ahli bidang komputer sampai ke pengguna biasa. Dan banyak orang di dunia sudah menggunakannya seperti Pakar IT ternama, perusahaan-perusahaan besar, lembaga pemerintahan dan juga lembaga pendidikan. Dengan linux saya tidak perlu lagi membeli lesen yang mahal dan duitnya saya boleh sedekahkan kepada orang lain. Linux lebih stabil yang dibangunkan oleh jutaan orang di dunia, bukanya dengan hanya satu lembaga dengan beberapa orang di dalamnya. Ubuntu adalah Distro Linux berketurunan dari Debian termasuk dalam sistem operasi linux yang terbanyak yang dipakai oleh pengguna komputer. Angka survey Linux desktop yang dipakai oleh pengguna linux sudah melebihi 30%. Perkembangannya disokong oleh organisasi terbesar dari Afrika Selatan, Canonical Ltd

  Asslamulaikum dan salam sejahtera. Tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan Tahun baru 2011, tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Kali ni shot update post beberapa Maklumat Untuk Dikongsi Bersama. Sekadar untuk share tutorial/panduan/tips permasalahan dan penyelesaian mengenai sistem operasi bagi user baru mendekati linux.
1. Macam mana nak Run Windows 7 dalam Ubuntu

http://www.howtogeek.com/howto/18768/run-windows-in-ubuntu-with-vmware-player/

2. Macam mana nak Run Ubuntu dalam Windows 7

http://www.howtogeek.com/howto/11287/how-to-run-ubuntu-in-windows-7-with-vmware-player/

  Saya terjumpa link tersebut semasa mencari maklumat mengenai vmware player. Beberapa Maklumat Untuk Dikongsi Bersama. Munkin pengguna baru sibuk buat Dual Boot tapi benda tuh saya rasa tidak berapa elok untuk kesihatan komputer. Oleh itu cara ini lebih efektif berbanding Dual Boot. Kalu buat Dual Boot..kan tak pasal-pasal terkena death blue screen. Sekian sahaja tip 1 minit kali ini ;))


  Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa yang penting yang telah berlaku dalam sejarah tamadun Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah, dan yang keduanya , Ia merupakan hari keagamaan di mana seluruh umat Islam di dunia mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

  Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.